Dari Simpanan ASB ke Simpan Emas

Sebelum ini, ada je duit lebih simpan kemas2 kat ASB. ASB adalah pelaburan paling selamat, kurang risiko dan pulangan yang  'boleh tahan' dengan purata 7-8% setahun. Untuk tahun 2011, Dividen ASB 7.65 sen, bonus 1.15 sen seunit, bersamaan 8.8%.
Manakala kenaikan emas adalah 25.58% pada tahun 2011! Bermakna kalau anda simpan emas RM100 tak jual2 pada tahun 2011, nilai emas anda pada akhir tahun RM125!
apa yang anda lakukan? cuma simpan!
kenaikan harga emas 2011
sumber graf: barakahemas999.com

Cuba kita buat perbandingan antara potensi keuntungan meyimpan dalam ASB vs simpanan emas. Saya menggunakan perkataan 'simpan' sebab strategi permulaan adalah menyimpan emas sahaja, teknik pelaburan bagi meningkatkan nilai emas tu kita akan sentuh di lain entry ya.
Di bawah ini adalah graf yang menunjukkan pergerakan harga emas dan pendapatan ASB dalam masa 10 tahun, bermula 2001 sehingga 2010.
Harga emas dalam 10 tahun (sumber www.kitco.com)
Pendapatan ASB 2001-2010

Gambar boleh menceritakan apa sahaja. Jelas sekali pendapatan ASB tidak banyak berubah dari tahun ke tahun, 3 tahun kebelakangan ini seakan-akan tidak mampu lagi melonjak ke paras 10.0 %.



Perbandingan (source: www.publicgolddinar.com)
  1. Anda hanya akan mendapat pulangan maksimum ASB seperti ilustrasi ini jika anda tidak WITHDRAW duit ini dari akaun. Jika anda withdraw maka perolehan untung semakin bekurang. (profit base on pro rata).
  2. Berbanding dengan emas, walaupun anda menukar dalam bentuk cash e.g pegi ke Ar-Rahnu harga emas tetap naik. Even setelah anda tebus balik emas tersebut harga emas anda tetap akan naik. =)
  3. Keuntungan ASB semakin hari semakin susut. Dulu memang benar pulangan konsisten 10% tapi sekarang 7% ke 8% dah cukup bagus. Berbanding dengan kenaikan harga emas.. Secara purata kenaikan adalah dalam lingkungan 20-30% setahun. Kalau diikutkan harga emas sekarang dr bulan April sebagai contoh sebab saya bermula pada bulan April 2010.pada ketika itu saya beli 20g pada harga RM 2702 dan pada masa artikel ini ditulis Harga emas 20g ialah RM3159.Bermakna 3159-2702 ialah RM 457.Peratus kenaikan dah pun ialah 16.9%.

0 comments: