Pengenalan Cloth Diaper

Sudah terlalu banyak entry pasal cloth diaper di internet dan kebanyakkan adalah dari seller cloth diaper itu sendiri.  Sebagai bukan seller, banyak ilmu perlu dituai sebelum mempraktikkan penggunaan cloth diaper kepada baby nanti. Owh ye.. saya tengah menghitung hari bakal bersalin awal Mei 2012 nanti. InsyaAllah bakal Ibu seorang pengguna tegar cloth diaper untuk anak2 :)

Cloth Diaper (CD)
aka lampin moden adalah 'alternatif hijau' yang sangat mengagumkan saya. Longgokan disposal diaper (DD)  terbuang adalah sampah harian oleh setiap bayi. Sehari secara purata 5 keping DD digunakan untuk seorang anak, bayangkan berapa banyak sampah sarap dari bahan terbuang ini jika dikumpulkan untuk satu taman perumahan? huihhh.. beribu-ribu lemon sehari!

Misi Eco
Seperti biasa, keputusan ber CD ni datang dari pelbagai sumber dan pendapat.

3 orang anak yang guna cloth diaper kosnya hanya dalam RM900 untuk tempoh  3 tahun bagi ketiga-tiga anak yang guna cloth diaper
3 orang anak yang guna Pampers Pakai Buang, akan menghabiskan duit anda sebanyak RM18 144 atau lebih lagi


0 comments: