Apakah itu Cloth Pad?

Cloth pad (CP)digunakan oleh para wanita semasa kedatangan haid, biasanya kita gunakan 'sanitary disposal pad' contohnya brand Kotex, Intimate, Laurier dan beberapa brand yang lain. Cloth pad juga dikenali sebagai washable atau reusable sanitary pad.

Mengapa saya memilih cloth pad?
  • Demi untuk kesihatan!
Jika ditanya apakah yang paling penting dalam hidup, mesti lah kesihatan yang baik! Guna disposal pad tak sihat ke? akan terus jatuh sakit ke?
Bukan semua wanita selesa dengan pemakaian disposal pad di pasaran malah tidak kurang yang terpaksa menahan kegatalan, ruam dan kesan sampingan ketika datang bulan. Malah, seorang rakan saya terpaksa menghentikan penggunaan 1 jenama sanitary pad ini (brand tidak dapat didedahkan) kerana setelah beberapa bulan, kedatangan haid nya tidak normal. Darah berketul-ketul malah ada kalanya period cycle tidak normal.

Rata-rata wanita fikir semua tuala wanita diperbuat daripada kapas asli kerana ia berwarna putih. Kandungan dioksin / toksik yang tertinggal dalam tuala wanita biasa boleh meresap masuk ke dalam tubuh si pemakainya dan kemudian tersimpan dan terkumpul di dalam sel lemak badan. Ini boleh menimbulkan kerosakan/penyakit yang serius dan membawa maut. Pengguna berhadapan dengan risiko lemah sistem imuniti, radang pelvik, kurang subur serta ia turut menjejaskan perkembangan dan kesihatan janin dalam kandungan.

Ada kajian menyatakan, bahan kimia pemutih (dioxin) yang terdapat dalam tuala wanita boleh mengakibatkan irritation kepada alat kelamin wanita terutama servik sehingga mengakibatkan kanser. Tuala wanita biasa yang berasaskan pulpa kayu juga mengandungi bakteria. Malah ada sesetengah jenama disposal pad dibuat daripada kertas kitar semula (recycle paper) yang tidak seharusnya bersentuhan secara langsung dengan kulit manusia, apatah lagi pada bahagian sensitif.

Penggunaan cloth pad adalah pelaburan kesihatan jangka panjang. Sebagaimana secara alaminya fungsi kain adalah bahan penyerap yang bagus, malah air-flow yang normal memberi lebih keselesaan. Kalau nenek2 kita dulu bermula dengan kain batik atau tuala 'good morning' setiap kali datang bulan, cloth pad moden kini mengambil iktibar menggunakan bahan semulajadi yang sama. Bahan yang digunakan biasanya soft cotton, fleece, velour atau soft fabrics yang lain. Malah lebih cantik dan trendy!
  • Kebersihan!
Selain tahu sumber material untuk membuat cloth pad, kita juga digalakkan menjaga kebersihan selepas penggunaan semasa datang bulan. Amalan sentiasa bersihkan pad yang telah digunakan sebelum membuangnya,penting bagi mengekalkan kebersihan persekitaran malah orang lama menyarankan supaya mengelak santau. Lagipun adalah memalukan kekotoran pada pad pakai buang yang tidak dicuci dilihat oleh bangla2 pengutip sampah :p

Jika amalan ini biasa diamalkan, mengapa tidak dengan cloth pad ini? Membasuh disposal pad, membungkus kemudian membuang ke dalam sanitary bins. Adalah lebih berfaedah, jika kita basuh cloth pad yang telah digunakan, sidai keringkan dan guna kembali?
  • Menjimatkan!
Lihat pengiraan penjimatan penggunaan cloth pad berbanding sanitary disposal pad. 
Kebanyakkan cloth pad dapat tahan sehingga 3 tahun bergantung kepada material dan cara penjagaannya. Malah ada pengguna luar negara menggunakan cloth pad yang sama sehingga 5-6 tahun!

* kitaran haid selama 28hari
* harga pad adalah mengikut anggaran harga semasa (mungkin sedikit berbeza bergantung kepada jenama)
  • Selamatkan alam sekitar.
Sampah dari disposal item termasuklah lampin bayi dan sanitary pad pakai buang adalah bahan yang mengambil masa yang lama untuk dilupuskan. Malah jika dibakar boleh membebaskan bahan kimia yang mencemarkan udara.
 Lampin bayi sekarang sudah maju, menggunakan fabrik sebagai materialnya iaitu Cloth Diapers. Bayi 1 hingga 3 tahun menggunakan Cloth Diaper, mengapa tidak kita sambung kempen Love Green Environment ini semasa datang bulan? Ya, kita sama-sama Go Green untuk lebih dari 38 tahun lagi dengan menggunakan Cloth Pad ( anggaran penggunaan bermula pada usia 12 tahun sehingga 50 tahun)!

1 comments:

Unknown said...

salam, minta izin di copy paste boleh ke?